berita
terkini
14 October 2022
1 October 2021
mencari sesuatu?
tutup
Mengenai
kami
PENCAPAIAN
SELAMA
25 TAHUN
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd atau secara ringkasnya MODENAS, adalah sebuah syarikat Malaysia yang mereka bentuk, membangun dan menghasilkan motosikal. Syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 1995 dan telah berjaya menghasilkan motosikal Modenas yang pertama pada November 1996 yang bernama Kriss110, sebuah model βmopedβ.
DI MANA
SEMUANYA BERMULA
Kriss 110 yang pertama telah dipratonton oleh masyarakat awam semasa perarakan Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun 1996 dan telah bermula dikeluarkan secara besar-besaran pada akhir tahun 1996. Beroperasi di sebuah bandar kecil di Gurun, Kedah, Malaysia, lambang syarikat tersebut ialah βsilhouetteβ Gunung Jerai yang terkenal dan boleh dilihat dengan jelas dari kilang.
KUMPULAN KAMI
Dengan pelaburan RM100 juta, projek MODENAS merupakan salah satu projek terpantas disiapkan di antara syarikat DRB-HICOM. Pembinaan bangunan dan infrastruktur telah disiapkan pada Mei 1996, dalam tempoh 9 bulan dari majlis pecah tanah yang diadakan pada Ogos 1995. Pada Jun 1996, unit perintis pertama telah dilancarkan dari fasiliti pemasangan.
Bahagian majoriti syarikat dipegang oleh DRB-HICOM dengan 70% kepentingan ekuiti dan 30% oleh Kawasaki Heavy Industries (KHI), Jepun. KHI merupakan pemegang saham MODENAS sejak penubuhan jenama itu pada 1995. Motosikal Modenas diedarkan oleh anak syarikat milik penuhnya, Edaran MODENAS Sdn Bhd atau juga dikenali sebagai EMOS.
KEJAYAAN MENCAPAI 1 JUTA PENGELUARAN
MODENAS berjaya mencapai kejayaan pengeluaran ke satu juta pada Jun 2007, menjadikannya projek terpantas untuk mencapai tahap pengeluaran tertinggi dalam industri motosikal tempatan. Sebelum ini, ia hanya terkenal dengan produk skuter dan mopeds. Sejak daripada itu MODENAS telah menghasilkan kira-kira 50 jenis model motosikal yang berbeza dan juga telah menambah 'naked bikeβ dan 'sports tourerβ ke dalam portfolio pengeluarannya.
RAKAN STRATEGIK
MODENAS
MODENAS telah bekerjasama dengan pengeluar motosikal global seperti Kwang Yang Motor Co., Ltd (Kymco), Taiwan, Chongqing Zongshen Engine Manufacture Co., Ltd (Zongshen), China, dan Bajaj Auto Limited (BAL), India, dalam usahanya untuk mempelbagaikan rangkaian produknya dan meluaskan jangkauannya ke pasaran antarabangsa lain seperti Greece, Amerika Selatan, Rusia dan Thailand.
PRESS RELEASE
MODENAS and GIATMARA Forge Strategic Partnership in EV Technology
12 November 2025PRESS RELEASE
Kawasaki Nilai as 10th All Star Outlet
12 October 2025
PRESS RELEASE
MODENAS Powers Kawasaki Mega Trail Fun Ride 2025
27th September 2025PRESS RELEASE
MODENAS Launches All-New Kawasaki KLX 230S and KLX 230SM
27th September 2025
NEWS
MODENAS Perkasa Generasi Masa Depan Melalui βKem Super Solat 2025β
27th September 2025PRESS RELEASE
MODENAS Expands Southern Presence with the Opening of Kawasaki All Star 4S Cen...
21st September 2025Berita
Hubungi kami
Talian Khidmat Bebas Tol
Talian Khidmat Whatsapp
Kami boleh dihubungi pada hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 9 pagi hingga 5 petang
berita terkini, tawaran istimewa dan eksklusif dari kami
Β© 2026 EDARAN MODENAS SDN. BHD.199601019036 (391388-P) All Rights Reserved.