berita
terkini
10 September 2026
mencari sesuatu?
tutup
Mengenai
kami
PENCAPAIAN
SELAMA
25 TAHUN
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd atau secara ringkasnya MODENAS, adalah sebuah syarikat Malaysia yang mereka bentuk, membangun dan menghasilkan motosikal. Syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 1995 dan telah berjaya menghasilkan motosikal Modenas yang pertama pada November 1996 yang bernama Kriss110, sebuah model ‘moped’.
DI MANA
SEMUANYA BERMULA
Kriss 110 yang pertama telah dipratonton oleh masyarakat awam semasa perarakan Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun 1996 dan telah bermula dikeluarkan secara besar-besaran pada akhir tahun 1996. Beroperasi di sebuah bandar kecil di Gurun, Kedah, Malaysia, lambang syarikat tersebut ialah ‘silhouette’ Gunung Jerai yang terkenal dan boleh dilihat dengan jelas dari kilang.
KUMPULAN KAMI
Dengan pelaburan RM100 juta, projek MODENAS merupakan salah satu projek terpantas disiapkan di antara syarikat DRB-HICOM. Pembinaan bangunan dan infrastruktur telah disiapkan pada Mei 1996, dalam tempoh 9 bulan dari majlis pecah tanah yang diadakan pada Ogos 1995. Pada Jun 1996, unit perintis pertama telah dilancarkan dari fasiliti pemasangan.
Bahagian majoriti syarikat dipegang oleh DRB-HICOM dengan 70% kepentingan ekuiti dan 30% oleh Kawasaki Heavy Industries (KHI), Jepun. KHI merupakan pemegang saham MODENAS sejak penubuhan jenama itu pada 1995. Motosikal Modenas diedarkan oleh anak syarikat milik penuhnya, Edaran MODENAS Sdn Bhd atau juga dikenali sebagai EMOS.
KEJAYAAN MENCAPAI 1 JUTA PENGELUARAN
MODENAS berjaya mencapai kejayaan pengeluaran ke satu juta pada Jun 2007, menjadikannya projek terpantas untuk mencapai tahap pengeluaran tertinggi dalam industri motosikal tempatan. Sebelum ini, ia hanya terkenal dengan produk skuter dan mopeds. Sejak daripada itu MODENAS telah menghasilkan kira-kira 50 jenis model motosikal yang berbeza dan juga telah menambah 'naked bike’ dan 'sports tourer’ ke dalam portfolio pengeluarannya.
RAKAN STRATEGIK
MODENAS
MODENAS telah bekerjasama dengan pengeluar motosikal global seperti Kwang Yang Motor Co., Ltd (Kymco), Taiwan, Chongqing Zongshen Engine Manufacture Co., Ltd (Zongshen), China, dan Bajaj Auto Limited (BAL), India, dalam usahanya untuk mempelbagaikan rangkaian produknya dan meluaskan jangkauannya ke pasaran antarabangsa lain seperti Greece, Amerika Selatan, Rusia dan Thailand.
PRESS RELEASE
MODENAS INTRODUCES ENHANCED Z15GT AND REFRESHED ELIT 150S WITH NEW COLOURS AND...
10 September 2026
NEWS
MODENAS Expands Z15GT Community Engagement at Malaysian Cub Prix Round 4 in B...
16 August 2026
NEWS
MODENAS Deepens Z15GT Owner Dialogue Through Northern Region Teh Tarik Session
15 August 2026
NEWS
Kawasaki Enduro Camp 2026 Returns For Third Session In Serendah
9 August 2026
NEWS
Kawasaki Velocity Weekend Riding Camp Builds Momentum with Third Session at Be...
2 August 2026
PRESS RELEASE
FIRST 60 KAWASAKI KLE500 CUSTOMERS TO RECEIVE EXCLUSIVE MEGATRAIL ADVENTURE PA...
4 August 2026Berita
Hubungi kami
Talian Khidmat Bebas Tol
Talian Khidmat Whatsapp
Kami boleh dihubungi pada hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 9 pagi hingga 5 petang
berita terkini, tawaran istimewa dan eksklusif dari kami
© 2026 EDARAN MODENAS SDN. BHD.199601019036 (391388-P) All Rights Reserved.