latest
happenings
LOOKING FOR SOMETHING?
close
SHAH ALAM, 16 Oktober 2019 โ Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd Bhd (โMODENASโ), anak syarikat DRB-HICOM Berhad (โDRB-HICOMโ) akan menganjurkan satu acara khas untuk pemilik-pemilik โStreet bikeโ MODENAS pada hari Sabtu, 19 Oktober 2019 dari jam 11 pagi hingga 5 petang. Acara ini yang dinamakan MODENAS Letโs Talk akan diadakan di MODENAS Power Store yang baru saja dibuka di Kota Damansara.
Antara aktiviti dan program menarik yang akan diadakan termasuk servis pemeriksaan motosikal percuma, sesi taklimat produk beserta perkongsian ilmu, sesi ramah mesra, soal jawab bersama pakar, permainan, dan juga acara cabutan bertuah yang menawarkan berbagai hadiah menarik seperti helmet motosikal full face, kamera aksi, sarung tangan dan peralatan menunggang yang lain. Selain itu, terdapat juga pertandingan best-dressed rider dan โcustom-bikeโ yang terbuka kepada semua peserta.
Sesi hari Sabtu ini merupakan salah satu dari empat sesi โMODENAS Letโs Talkโ yang akan diadakan di empat lokasi berlainan diseluruh negara sehingga bulan Disember tahun ini dengan kerjasama Bajaj Auto Limited. Acara โMODENAS Letโs Talkโ seterusnya akan diumumkan di saluran media sosial termasuk laman rasmi Facebook serta Instagram MODENAS. Pendaftaran kini dibuka bagi sesi MODENAS Letโs Talk Kawasan Sentral yang akan berlangsung di MODENAS Power Store, Kota Damansara pada 19 Oktober 2019. Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dan beramah mesra dengan pemilik street bike yang lain dan mengenali jenama Modenas dengan lebih rapat lagi.
Happenings
Corporate
Get connected
Toll Free Careline
Whatsapp Careline
We are available from Monday to Friday from 9am to 5pm
Receive the latest news, special offers and exclusives
ยฉ 2026 EDARAN MODENAS SDN. BHD.199601019036 (391388-P) All Rights Reserved.