NEWS

MODENAS lancar KRISS MR2, dari RM3,890 seunit

MODENAS lancar KRISS MR2, dari RM3,890 seunit

April 4, 2017

SHAH ALAM: Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Bhd, yakin motosikal terbaharu KRISS MR2 mampu membantu syarikat meningkatkan bahagian pasarannya kepada 10 peratus menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Amirudin Abd Kadir, berkata keyakinan itu disokong permintaan yang meningkat terhadap motosikal mampu milik dalam keadaan ekonomi semasa. “Kami percaya enjin empat lejang berkuasa 110cc, yang menepati piawai baharu Euro3 akan menjadi daya tarikan kepada generasi muda yang mencari keseimbangan antara motosikal berkuasa dan nilai untuk wang anda,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran KRISS MR2 di sini hari ini. Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Bahagian Automotif, Pembuatan dan Kejuruteraan DRB-HICOM, Datuk Abdul Harith Abdullah.

KRISS MR2 dengan reka bentuk berani dan agresif, menampilkan sistem gear berputar dengan enjin yang mampu mencapai 6.2kw pada 7,500rpm. Ciri lain termasuk lampu depan dan belakang yang lebih sporty, serta tangki minyak lebih besar berkapasiti 4.5 liter untuk membolehkan pemanduan hingga 200 kilometer. Ia juga memiliki ruang simpanan barang luas 6.6 liter serta ruang simpanan perkakasan di bawah tempat duduk.

Motosikal itu ditawarkan pada harga RM3,890 seunit. MODENAS menyasar untuk mencapai jualan keseluruhan 60,000 unit di pasaran tempatan dan serantau menjelang akhir tahun ini.

Dalam tahun kewangan 2015/16 MODENAS menjual 39,725 unit motosikal dengan menguasai lapan peratus pasaran tempatan. Sementara itu, MODENAS dijangka mengumumkan mengenai rakan strategik baharu bulan depan.

Difahamkan rakan strategi itu adalah antara pengeluar motosikal terbesar dari India bertujuan menembusi pasaran ‘khusus’ motosikal berkuasa melebihi 200cc di negara ini.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/268659

Author:

A WordPress Commenter on April 24, 2017 AT 12 pm

Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.