NEWS

MODENAS sasar 1,500 unit sebulan moped baharu CT115S

MODENAS sasar 1,500 unit sebulan moped baharu CT115S

September 8, 2015

KUALA LUMPUR: Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), pengeluar motosikal jenama MODENAS yang juga anak syarikat DRB-Hicom Bhd melancarkan model moped terbaharunya, CT115S dengan sasaran jualan 1,500 unit sebulan. Model itu dengan tema “Rasai Perbezaannya” yang dijual pada harga RM5,330 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST), adalah rangkaian varian CT terbaharu yang dibangunkan sepenuhnya unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) MODENAS. Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Amirudin Abd Kadir, berkata CT115S yang tampil dengan rekaan sporty dan trendy itu sesuai untuk pengguna yang mementingkan reka bentuk terkini dan aktif. “Model yang disasarkan untuk golongan berumur 16 hingga 35 tahun ini direka dengan lebih aerodinamik bagi memastikan tunggangan lebih efektif yang secara tidak langsung meningkatkan prestasi dan memberikan kestabilan. “Penggunaan suspensi ‘mono’ yang boleh diubah kepada lima tahap adalah ciri tambahan yang dapat membantu pemilik motosikal menyelaras suspensi mengikut gaya dan keselesaan tunggangan.” CT115S dilengkapi dengan pengecas elektronik serba guna bagi memberi kemudahan kepada pengguna yang kerap berulang-alik,” katanya selepas majlis pelancaran model terbaharu itu di sini, hari ini. Model CT115S dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/80422

Author: